Joke of the day,enjoy♡
Jadikan panggilan & sms anda lebih kreatif supaya x boring!
1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maaf.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maaf cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: tengah cari bijih.
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maaf.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kasih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maaf
9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maaf. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)